Posts

Showing posts from December, 2021

Terengganu

Image
Terengganu.  Salah satu negeri yang paling aku minati dengan tempatnya yang bersih, pantainya yang cantik dan menenangkan, makanan yang sedap dan bangunan-bangunan yang gah.  

Rindu.

Image
  Rindu yang paling berat adalah rindu pada insan yang telah pergi kehadrat Ilahi.  Duhai ayahanda, ketahuilah bahawa engkau telah mendidikku dengan tepat, in shaa Allah cukup ajaran agama yang engkau sampaikan, cukup kasih sayang yang engkau sempat berikan. Terima kasih yang tak mampu aku ungkapkan lagi, melainkan dengan titipan doa agar engkau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat, pusakamu sentiasa bercahaya dengan doa daripada anak-anakmu yang soleh dan solehah. Percayalah wahai ayahanda, jika suatu hari nanti Allah bertanya tentangmu, akulah yang menjadi saksi segala kebaikanmu, berhempas pulas mencari rezeki buat keluarga, mendidik kami dengan didikan agama yang cukup disepanjang hayatmu bersama kami. Tenanglah ayahanda di sana, tanggungjawabmu kini disambung oleh satu-satunya anakandamu. aku juga menjadi saksi bagaimana seorang abang yang menggalas tanggungjawab mencari rezeki diusia muda sehingga sekarang tidak pernah ke...

SAHABAT

Image
  Sahabat, insan yang ada tika susah dan senang, pahit dan manis, suka dan duka. Aku bersyukur, Allah hadirkan watak-watak yang boleh kugelarkan sebagai sahabat di dalam hidupku. Ramai manusia datang dan pergi dalam hidupku, ada yang membawa kebahagiaan yang sementara kemudian pergi, ada yang datang membawa kekecewaan dan kedukaan, namun yang pasti kehadiran mereka meninggalkan seribu satu kenangan dan pengajaran buatku. 

WHY NOT YOU!

Image
 Kenapa tidak kamu? December 2021, aku diuji dengan penyakit yang agak popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Aku tidak meminta sakit ini, tapi apa yang aku tahu sakit ini telah mengubah diriku sebanyak 360 darjah. Daripada seorang yang ceria, suka bercakap menjadi seorang yang pendiam, banyak menghabiskan masa seorang diri dan kalau boleh aku betul-betul ingin menghilang daripada dunia sekarang.  Apabila sakit itu datang menyerang, aku seakan-akan ingin menghantukkan kepala didinding agar fikiranku berhenti berlari-lari didalam otak. Kesakitan ini terlalu menyesakkan dadaku,, sakitnya benar-benar mampu membunuh dalam diam. Bagi semua orang, penyakit ini normal, tetapi tidak kepada diri orang yang menanggung. Aku sering tertanya-tanya kenapa aku ? kenapa aku salah seorang yang diuji dengan sakit ini ? 

Saloma Link Bridge

Image
Saloma Link Bridge. Manusia bersesak memenuhi terowong Jambatan Saloma di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Salah satu jambatan manusia yang indah ciptaanya  dengan dihiasi lampu-lampu yang bertukar warna setiap 5 minit.  Jejantas pejalan kaki Saloma Link ini panjangnya 370 m, dengan kos RM 31 juta. Dari seluruh panjang jambatan ini, 69 m dibuat merentasi lebuh raya bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH). Jambatan ini tingginya sama macam bangunan 4 tingkat. Kawasan pejalan kakinya selebar 4 kaki dan laluan di atas AKLEH dikatakan boleh menampung 200 orang pada satu-satu masa.

Mesin Basuh

Image
   Cerita aku dan sebuah mesin basuh.      Mesin basuh adalah sebuah teknologi buatan manusia yang akan memudahkan urusan manusia dalam kerja-kerja mencuci pakaian bahkan mengeringkan pakaian. Keluargaku juga pernah mempunyai satu, malangnya teknologi buatan manusia itu tidak mampu untuk berjasa lebih lama daripada jangkaan hayatnya. Tambahan pula ianya rosak disebabkan rumahku sering dilanda banjir. Hampir tiap-tiap musim tengkujuh, rumahku tidak akan terlepas dari dinaiki air bah. Hal ini turut menyumbang kepada kerosakan. Sejak daripada itu, keluargaku tidak lagi membeli yang baru. Maka, aku dan adik-beradikku sejak kecil lagi dididik untuk membasuh baju sendiri secara manual. Bertahun-tahun lamanya sampai sekarang kami masih lagi basuh baju dengan tenaga tangan. Jika dulu, aku sering merungut meminta emakku untuk membeli sebuah mesin basuh tapi emak langsung tidak hiraukan permintaanku. Bukannya tidak mampu untuk membeli satu, namun emak tidak pernah mahu me...