Rindu.

 

Rindu yang paling berat adalah rindu pada insan yang telah pergi kehadrat Ilahi. 
Duhai ayahanda, ketahuilah bahawa engkau telah mendidikku dengan tepat, in shaa Allah cukup ajaran agama yang engkau sampaikan, cukup kasih sayang yang engkau sempat berikan. Terima kasih yang tak mampu aku ungkapkan lagi, melainkan dengan titipan doa agar engkau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat, pusakamu sentiasa bercahaya dengan doa daripada anak-anakmu yang soleh dan solehah. Percayalah wahai ayahanda, jika suatu hari nanti Allah bertanya tentangmu, akulah yang menjadi saksi segala kebaikanmu, berhempas pulas mencari rezeki buat keluarga, mendidik kami dengan didikan agama yang cukup disepanjang hayatmu bersama kami. Tenanglah ayahanda di sana, tanggungjawabmu kini disambung oleh satu-satunya anakandamu. aku juga menjadi saksi bagaimana seorang abang yang menggalas tanggungjawab mencari rezeki diusia muda sehingga sekarang tidak pernah kenal erti lelah demi untuk menyara keluarga kita. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah walaupun kelihatan sedikit dimata orang tapi kami sentiasa rasa cukup dan tidak pernah kurang dengan rezeki ini. 

Duhai ayahanda, aku rindu. Sangat rindu. Sentiasa rindu.



Comments