Posts

Campus Daily Life

CKD JOURNEY PART 2

jom sambung journey chronic kidney disease (CKD) umi aq.  Bila dr dekat klinik government sahkan umi dh tahap 5, aq sedaya upaya follow Klinik Professor Dr Aziz Al-safi tu. Walaupun masih belum pergi ke klinik itu dan berjumpa dgn DR Pakar Buah Pinggang tu sendiri, tpi aq dah ada buku-buku dia yang aq follow up dari kawan baik aq tu. Dan aq memang haramkan umi aq langgar pantang. Nampak kejam sbb umi langsung xleh makan lauk-pauk. Kena jadi vegie je. Tapi itulah ubatnya, penawarnya untuk sakit dia. Masa tu tengah puasa pulak tipu laa kalau aq kata aq tak sedih, aq lah yang paling banyak menangis dalam diam tambah pula aku paling sensitive. Orang berbuka makan lauk-pauk, umi makan sayur je. Walaupun tak dinafikan sayur-sayur umi lgi mahal kos dia dari lauk kami makan sbb semua kena organik😭😭😭  Duit takyah cakap laa habis dekat sayur pun dh berapa, belum lgi pergi terima rawatan dekat klinik swasta tuu. TAPI ITULAH PENGORBANAN YG KAMI BUAT DEMI UMI! DUIT BOLEH CARI! Bila tiba...

Chronic Kidney Diseases (CKD) a journey to remember!!

 The very first time bila dapat tahu umi disahkan menghidap kegagalan buah pinggang tahap 3 aku sangat-sangatlah terkejut, tak sangka dan tak terkata. First respon aku masa umi bagitahu selepas appointment dia dengan Dr adalah "Ya Allah Umi tahap 3 dh". Then aku xbuat apa-apa lagi hanya berharap pada ubat yang Dr bekalkan. Umi start batuk-batuk, aq ingt sbb side effect ubat darah tinggi yg menyebabkan batuk. Aku pun beli laa madu, aku srh umi makan habatussauda magic blue jugak utk kuatkan immune sistem dia. Alhamdulillah batuk makin kurang.  Sebulan lebih selepas tu, aku dekat kolej, betul-betul sebelum kelas malam semantik start umi call ckp tahap 4 dh, kena pergi buat ultrasound dekat hospital kuala krai. Malam tu terus aku nangis mcm orang gila. Sebab aku tahu bila dh di stage 4&5 patient dh xboleh makan protein berasaskan haiwan. Aku terus contact kawan baik aku tnya pasal CKD ni sbb mak dia pun CKD tahap 5, Mak dia elak dialisis dengan pergi berubat di satu klinik t...

Penulisan Kreatif

Image
 Submission demi submisson selesai. Tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan sem 3 ini. Sesungguhnya semester kali ini terasa amat berat. Panjang sekali perjalanan kali ini, namun sudah semestinya pelbagai kenangan pahit dan manis telahku peroleh.  Tidakku sangka melalui subjek Penulisan Kreatif ini menjadikanku seorang yang mampu menulis. Tidak pernah terduga bahawa aku yang akan menulis, sedangkan aku bercita-cita menjadi seorang editor. Di fikiranku, menjadi editor aku hanya baca novel dan menyunting bahasa dan ideanya. Maka, aku tidak cenderung untuk menulis, malah menulis juga bukan sesuatu yang aku minati. Aku lebih suka membaca novel moden. Tetapi dalam Penulisan Kreatif ini, barulah aku belajar bahawa penulisan rentas bidang adalah sesuatu yang sangat kreatif dan digalakkan. Malah, dikotomi antara sains-sastera dilihat berkait rapat dan sangat membantu pembaca untuk memahami bidang sains disamping penggunaan bahasa sastera yang unik dan cantik tersusun. Memanglah di...

Nasi Bujang.

Image
  Minggu 14 sudah muncul, maka telah masuknya waktu-waktu sibuk, kekurangan duit dan sukar bagi pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia. Bermulah juga episod makan nasi bujang dihujung-hujung sem kerana duit PTPTN kian berlalu pergi. Alhamdulillah, syukur masih diberi nikmat yang luas daripada pelbagai segi. Suatu hari nanti, apabila segulung ijazah sudah berada digenggaman tangan, perkara inilah yang pasti akan kurindui. Pahit manis, suka duka sepanjang perjuangan menuntut ilmu, jatuh bangun, sakit sihat, bersama kawan atau bersendirian, semuanya meninggalkan memori yang sangat indah disanubariku.

Abdul Razak Gurnah - Nobel Prize

Image
 Abdulrazak Gurnah ialah seorang penulis kelahiran Tanzania. Beliau merupakan seorang Profesor Emeritus dalam bidang Sastera Inggeris dan Pascajajahan di Universiti Kent. Beliau berjaya menerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2021 atas penghargaan terhadap karya tulisannya mengenai "pendalaman memahamkan dan tanpa kompromi kesan kolonialisme dan nasib para pelarian yang dalam pusaran antara budaya dan benua".  Beliau telah menulis beberapa naskah novel dan cerita-cerita pendek. Saya yakin, penulisan beliau sangat unik dan bermanfaat sehingga beliau berjaya menerima anugerah Nobel dalam kesusasteraan.

Ilmu.

Image
Ustaz Muhaizad, cara penyampaian yang bersahaja tetapi sampai ke dalam hati. Berilmu tinggi dan berakhlak mulia. Ceramah beliau yang selalu ku dengar untuk memenuhi waktuku.