Chronic Kidney Diseases (CKD) a journey to remember!!

 The very first time bila dapat tahu umi disahkan menghidap kegagalan buah pinggang tahap 3 aku sangat-sangatlah terkejut, tak sangka dan tak terkata. First respon aku masa umi bagitahu selepas appointment dia dengan Dr adalah "Ya Allah Umi tahap 3 dh". Then aku xbuat apa-apa lagi hanya berharap pada ubat yang Dr bekalkan. Umi start batuk-batuk, aq ingt sbb side effect ubat darah tinggi yg menyebabkan batuk. Aku pun beli laa madu, aku srh umi makan habatussauda magic blue jugak utk kuatkan immune sistem dia. Alhamdulillah batuk makin kurang. 


Sebulan lebih selepas tu, aku dekat kolej, betul-betul sebelum kelas malam semantik start umi call ckp tahap 4 dh, kena pergi buat ultrasound dekat hospital kuala krai. Malam tu terus aku nangis mcm orang gila. Sebab aku tahu bila dh di stage 4&5 patient dh xboleh makan protein berasaskan haiwan. Aku terus contact kawan baik aku tnya pasal CKD ni sbb mak dia pun CKD tahap 5, Mak dia elak dialisis dengan pergi berubat di satu klinik terkenal dgn rawatan CKD ni. Aku terus buat research pasal klinik tuu follow up cara dia, cari makanan yang boleh dan xboleh makan, buah dan sayur apa yang patut ambil dan patut elakkan. Pendek kata malam tuu aku depress gila, masuk kelas pun nangis-nangis xboleh fokus langsung. Aku dh hujung sem 3 dh masa tu nak exam dh sepatutnya aku balik lambat lgi tpi aku decided utk balik for good. 30/1 appointment umi dekat hospital, malam 29 tu jugak aku balik. sampai pagi 30hb tuu terus kakak ambil dekat stesen bas, balik solat subuh kejap terus teman umi pergi hospital. Hospital pulak jauh dekat 2 jam perjalanan. Aku tersangatlah barai tapi aku happy gilaa boleh jumpa umi. Then, aku start jaga makan minum umi, tpi takdelah ketat sangat aku jaga sbbtulah umi pun langgar je pantang dia. aku pun buat xthu laa sbb aku pun tak sangggup tengok umi makan nasi beras perang dengan sayur je. Aku sendiri yang bagi umi makan mcd, kfc, semua yang dia craving aku penuhi semua. Sbb masa tu umi nampak lemah, jalan pun dah makin slow. aq punya overthinking mcm2lah aq fikir sbbtu aq penuhi semua keiinginan umi. 


Sehinggalah sebulan lepas tu pada bulan puasa , 4 hari lepas umi balik dari appointment and bgitahu aq dh stage 5. Allahuakhbar! Aku diam je masa umi bgitahu, tak nangis sbb aq tahan. Masa tu aku lebih kepada rasa terkilan. Dr suruh umi pergi hospital utk pasang tapak (buat pastular) ready utk dialisis. Benda nilahh yang paling aku takut dan paling aku nak elakkan. tapi nk bwk umi ke klinik kawan aku bwk mak dia tu aku tak rasa family aku mampu dengan kos perubatan hampir 11k. Aku buntu sangat-sangat. Masa tu aku fikir aku kena kuat, kena cepat-cepat bertindak. Aku ceramahkan balik umi aku sbb tak dengar kata, yelah aku terkilan jugak sbb kalau aku bertegas dari awl umi tak mungkin sampai tahap ni. Aku manjakan sangat umi smpai aku lupa tahap kesihatan umi tak macam dulu. Aku nampak keadaan umi makin lama makin lemah, batuk takpernah berhenti. Saat umi batuk-batuk saat tulah aq yang rasa sakit sangt, rasa tak sanggup nak dengar sbb aku tahu sakit umi tanggung. Allahurabbi! Aku terus follow up balik kawan aku, terus aku jaga sendiri makan minum umi. Kali ni aku sangat bertegas. I said no for everything. Nasib baik kalini umi dh tak berdegil dan bgi kerjasama dengan baik. Aku target in shaa Allah dlm masa 2 bulan ni umi akan turun ke tahap 4! in shaa Allah aku akan pastikan umi tak langgar pantang kalini. Walaupun aku risau juga raya tak lama lgi takkan nak biar umi tengok je makanan sedap-sedap hmmm. Ya Allah kau berilah kesembuhan buat umiku ya Allah, afiatkanlah umi ku ya Rabb.

Comments