CKD JOURNEY PART 2

jom sambung journey chronic kidney disease (CKD) umi aq. 


Bila dr dekat klinik government sahkan umi dh tahap 5, aq sedaya upaya follow Klinik Professor Dr Aziz Al-safi tu. Walaupun masih belum pergi ke klinik itu dan berjumpa dgn DR Pakar Buah Pinggang tu sendiri, tpi aq dah ada buku-buku dia yang aq follow up dari kawan baik aq tu. Dan aq memang haramkan umi aq langgar pantang. Nampak kejam sbb umi langsung xleh makan lauk-pauk. Kena jadi vegie je. Tapi itulah ubatnya, penawarnya untuk sakit dia. Masa tu tengah puasa pulak tipu laa kalau aq kata aq tak sedih, aq lah yang paling banyak menangis dalam diam tambah pula aku paling sensitive. Orang berbuka makan lauk-pauk, umi makan sayur je. Walaupun tak dinafikan sayur-sayur umi lgi mahal kos dia dari lauk kami makan sbb semua kena organik😭😭😭  Duit takyah cakap laa habis dekat sayur pun dh berapa, belum lgi pergi terima rawatan dekat klinik swasta tuu. TAPI ITULAH PENGORBANAN YG KAMI BUAT DEMI UMI! DUIT BOLEH CARI!

Bila tiba hari raya, aq bgi laa umi makan makanan raya untuk first and sec raya, aq bukan kejam sngt!. ni nak masuk part sedih dan paling menyayat hati aku. SAKIT DAN SEDIH NI AKU INGAT SAMPAI BILA-BILA. TAPI AQ TAK DENDAM SUMPAH TAK DENDAM, AQ CUMA INGAT JE. Masa raya, family belah umi semua faham yang umi kena berpantang. semua terima dan memahami je (taktahula kalau belakang aku mcm mana) but so far family umi quit supportive jgk! tpi bila aq balik je kampung arwah ayah semua terkejut tengok umi makin kurus, makin lemah nak jalan pun dh tak larat.. Bila tiba part nak makan semua terkejut sbb umi ckp dia berpantang xleh makan sesuka hati. Semua tanya aku kenapa umi kena pantang, kenapa buat umi mcm tu, semua orang marah aku, like depan semua orang paksedara dan maksedara aku soal aq mcm2 dan komen mcm2 yang sngt2 melemahkan semangat aq! aq masatu sangat nak nangis yer depan semua orang aq kena explain satu2 dan di'bantah' setiap tindakan yang aku buat!. im in shockkk and sooo sooo sobb sobbb ye. aq duduk je tepi umi and explained la pasal aq nak follow kawan baik aku bawk mak dia pergi berubat dekat klinik swasta tu ape prosedur dan rawatan dia semua aq explain.. pastu semua mcm kenot terima. Paksedara aku dia srh jgk umi aku buat pastula dekat goment sbb his fil pun pesakit buah pinggang yang dah di dialisis! and he said that dia dh jumpa dengan dr pakar kidney tu sendiri yang kononnya kalau buah pinggang rosak disebabkan darah tinggi dan kencing manis tak akan sembuh and will end up with homodialisis. aq masatu lagi laa down sbb aq tak tahu sejauh mana kebenarannya! Mak sedara aku pulak kaw kaw punya ceritalah ayah dia dialisis elok je makan takyah pantang bagai yelah sbb dh dialisis memanglah xyah pantang darah tu everyweek boleh cuci, umi aq ni aq nak guna alternatif bekam untuk buang darah kotor and merangsang buah pinggang dia! if aq explainen mcm2 pun memang dorang taknak dengar dan taknak percaya ye masatu.. aq siap pegang tangan umi aq and said out of loud yang AKU TAKNAK SAMPAI UMI AQ KENA DIALISIS, AQ TAKNAK SAMBIL TAHAN AIR MATA YE! EH KE AQ DH NANGIS MASATU AKU PUN DH LUPA. lepastu maksedara aq sorang lagi pulak sibuk duk promote barang dia jual, suruh orang beli barang dia yang konon boleh sembuhkan seribu satu penyakit tuu! huhh bisness tak habis2 tengah2 genting tu pun! tak cukup situ ye abang aq skali menambah "nk bwk situ sini tu duit ada tak" pastu semua orang pandang aq😭😕 and i was like dlm hati takpelah kalau kau rasa kau tak sanggup nak habiskan duit untuk umi kau sendiri! tpi aq diam aq dengar je dorang ckp pasal duit pulak ye aq tahu dan memang takdinafikan rawatan kat sana memakan kos yang besar tpi end up kami tak guna dan tak meminta satu sen pun duit diorang dan diorang takde menghulurkan satu sen punn!! 

Sape lagi,  cousin aq pun, mil dia pun ada buah pinggang dan dh didialisis pun sibuk nak kondem2 aq, mak dia yang mulut ALLAHU PALING AKU SAKIT HATI SEKALI!!! sampai dekat rmh jiran pun dia duk perli-perli aq ckp umi aku makan beras mahal je anak dia takbagi makan makanan murah! i was soo hootttttt inside yee! aq tahu semua concern and risau pasal umi sbb makin kurus dan nampak uzur, lemah. Tapi belum tryy belum tahu. Aq punya kecewa haritu sampai aq taknak tido dekat kampung, aq nekad jgk nak balik rmh dgn abang aq. Biar je semua orang ingt aq merajuk ke ape ke tpi masatu MY FEELINGS AND MENTAL HEALTH MATTER MOST! (Bab mental health ni aq ada kisah sendiri tpi mls nak cerita cukuplah aq sarankan semua orang jaga kesihatan mental masing-ii) So on the way back home, abang aq slow talk dengan aq about this matter. Aq pun apelagi ganyang laa abang aq cukup-cukup, basuh otak dia sbb tak backup aq tdi, takpercayakan aq jugak. Skali aq explained balik sampai nangis-nangis aq. Pastu sib baiklah abng aq nak try jgk and thanks to him always jadi the father of our family *sobbs sobbs


Maka bermulalah episode aq bawak umi aq pergi klinik tu. first time pergi dh kena ambik darah, kena consult dgn dr, xleh bekam sbb Hb rendah sangat, kena tambah darah. Total kos first day pun dah rm600+ yer and guna duit kakakku anak solehah umi jgk in shaa Allah.  Next day pergi umi buat sauna, tambah darah lagi untuk naikkan hb.. skali cucuk 200 haha lepastu segar laa sikit umi rasa, mahu tak segar masuk 200 dlm bdn (gurau aq dgn umi) oh yaa umi aq nmpak penat nampak "xcekak" sbb hb dia kurang, thats whyy nmpak penat. The followings day umi aq keep on sauna tambah darah and also tryy guna mesin ecp (mesin ni lebih sesuai utk pesakit jantung in detail laa, umi aku kenot go sbb dia takut bunyi mesin ni kuat dan buat badan bergetar satu badan )( mesin ni skali guna 300 guys) kalau ikutkan dr tu dia bagi umi aq rawatan pakej ECP (35kali X RM300), SAUNA 15k X rm40), BEKAM 15k X RM100), HYPERTEMIA (35k X rm400) dose tambah darah rm200 x 5kali byk lgi laa haa tak termasuk susu, jus dan supliment2 lain and total cost might be more than 11k yang kawan aq punya sbb mak dia takperlu guna mesin hypertemia (mesin rawat sell cancer). MANA NAK CEKAU DUIT WOII! Tapi sbb aq ni boleh tahan bijak jgk aq tahu dr ni bissness owner, dia ada best teknologi utk rawat penyakit mestilah dia pun charge mahal utk cover cost mesin2 tu jgk. so aq pun decide untk bayar everytime kami dapatkan rawatan yang kami mahu je tu pun setelah bincang2 dengan kawan baik aq dia srh aq buat mcmtu jgk. so aq pilih utk bekam dan sauna sahaja. bayarlah rm140 setiap 3 hari seminggu untk first month. the next month kami just pergi sekali seminggu, upp untill now yer sbb jarak machang kb tu dh 2 jam, 2jam perjalanan dari rmh ke klinik kau rasa? PLUS I AM A STUDENT HARI RABU JE FAKULTI AQ CUTI BOLEH LA TEMAN UMI PERGI KLINIK. DUIT PULAK MEMANG GUNA DUIT KAKAK DAN ABANG AQ JE! FAMILY BELAH UMI SUMPAH BAIK HATI GILA RAMAI YANG MENGHULUR BERBANDING FAMILY BELAH AYAH YANG HANYA TAHU MENGHUKUM. AQ TAK HARAPKAN DIORANG MENGHULUR CUMA AQ TERKILAN KENAPA PERLU BEGITU TAJAM LIDAH MELEPASKAN BICARA SEDANGKAN BUKANNYA AQ MEMINTA WANG DAN BELAS KALIAN.


OKAY PART PALING HAPPY IS THE HEALING PROSES AQ SAMBUNG KAT SEBELAH HEHE.

Comments