Dia.
Kakak, anak sulong. Dulu, waktu kakak belajar jauh di Perak, aku ikut keluarga menghantarmu di pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kini, majlis konvokesyenmu juga aku turut hadiri walaupun majlis berlangsung dengan penuh SOP, keluarga hanya mampu melihat dilayar kaca. Dalam diam aku mengagumimu kakak, walaupun kita tidak pernah bercakap dari hati ke hati, bicara aku kasar, gurauan aku juga tidaklah begitu lembut. Tetapi kau dan aku tahu kita memang begitu. Kau istimewa dengan caramu, aku bersyukur kaulah kebanggan keluarga, kau juga kebangganku.