Penulisan Kreatif
Submission demi submisson selesai. Tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan sem 3 ini. Sesungguhnya semester kali ini terasa amat berat. Panjang sekali perjalanan kali ini, namun sudah semestinya pelbagai kenangan pahit dan manis telahku peroleh. Tidakku sangka melalui subjek Penulisan Kreatif ini menjadikanku seorang yang mampu menulis. Tidak pernah terduga bahawa aku yang akan menulis, sedangkan aku bercita-cita menjadi seorang editor. Di fikiranku, menjadi editor aku hanya baca novel dan menyunting bahasa dan ideanya. Maka, aku tidak cenderung untuk menulis, malah menulis juga bukan sesuatu yang aku minati. Aku lebih suka membaca novel moden. Tetapi dalam Penulisan Kreatif ini, barulah aku belajar bahawa penulisan rentas bidang adalah sesuatu yang sangat kreatif dan digalakkan. Malah, dikotomi antara sains-sastera dilihat berkait rapat dan sangat membantu pembaca untuk memahami bidang sains disamping penggunaan bahasa sastera yang unik dan cantik tersusun. Memanglah di...