Posts

Showing posts from January, 2022

Nasi Bujang.

Image
  Minggu 14 sudah muncul, maka telah masuknya waktu-waktu sibuk, kekurangan duit dan sukar bagi pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia. Bermulah juga episod makan nasi bujang dihujung-hujung sem kerana duit PTPTN kian berlalu pergi. Alhamdulillah, syukur masih diberi nikmat yang luas daripada pelbagai segi. Suatu hari nanti, apabila segulung ijazah sudah berada digenggaman tangan, perkara inilah yang pasti akan kurindui. Pahit manis, suka duka sepanjang perjuangan menuntut ilmu, jatuh bangun, sakit sihat, bersama kawan atau bersendirian, semuanya meninggalkan memori yang sangat indah disanubariku.

Abdul Razak Gurnah - Nobel Prize

Image
 Abdulrazak Gurnah ialah seorang penulis kelahiran Tanzania. Beliau merupakan seorang Profesor Emeritus dalam bidang Sastera Inggeris dan Pascajajahan di Universiti Kent. Beliau berjaya menerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2021 atas penghargaan terhadap karya tulisannya mengenai "pendalaman memahamkan dan tanpa kompromi kesan kolonialisme dan nasib para pelarian yang dalam pusaran antara budaya dan benua".  Beliau telah menulis beberapa naskah novel dan cerita-cerita pendek. Saya yakin, penulisan beliau sangat unik dan bermanfaat sehingga beliau berjaya menerima anugerah Nobel dalam kesusasteraan.

Ilmu.

Image
Ustaz Muhaizad, cara penyampaian yang bersahaja tetapi sampai ke dalam hati. Berilmu tinggi dan berakhlak mulia. Ceramah beliau yang selalu ku dengar untuk memenuhi waktuku.